Abdul Malik Hasan. Berusia 60 tahun, memulakan pengajian menengahnya di Sekolah İzzuddin Shah, Ipoh, Perak. Kemudian ke Kolej Islam Kelang, Selangor.
Oleh kerana minatnya dalam bidang sains, beliau bertukar arah ke Pusat Matrikulasi Sains selepas menamatkan SPM dan melanjutkan pengajian sehingga di peringkat universiti dalam bidang fizik nuklear.
Beliau seterusnya berkhidmat di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) selama tujuh tahun dan meletak jawatan kerana ingin menceburi bidang perniagaan.
Penglibatan dalam dunia perubatan alternatif bermula apabila mempelajari perubatan homeopathy sehinggalah beliau membuka klinik rawatan di Lembah Kelang selama dua tahun.
Dalam masa yang sama beliau menuntut ilmu perubatan Islam daripada beberapa orang guru serta melakukan penyelidikan berdasarkan pembacaan buku-buku rawatan Islam.
Seterusnya membuka klinik di Kuang dan meneruskan kajian melalui rawatan-rawatan yang dijalankan.
Beliau merekodkan cerapan rawatannya yang akhirnya dibukukan melalui buku pertama beliau berjudul “Berdialog dengan jin – diari seorang perawat”. Buku ini telah diulang cetak sebanyak empat kali dan menjadi buku terlaris pada suatu ketika dahulu.
Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu perawat Islam akan dipanggil ustaz. Maka Tuan Hj. Dr (H) Abdul Majid Hassan pun menerima panggilan yang sama.
Mudah-mudahan cita-cita ayahanda dan bonda diberkati Allah SWT.
Bibendum posuere wisi iusto id cursus nonummy hendrerit dolor sit dui asperiores? Urna donec, diamlorem ante, ullamco tempus nostra.
SUPERVISOR
SUPERVISOR
ADVISOR
ADVISOR
BUSINESS AGENT
BUSINESS AGENT
WhatsApp us